Paan tak reti nak taip panjang², tapi kali ni special sikit, Paan gagahkan diri untuk taip panjang² sempena hari penting buat hidup Pika, bukan apa taip panjang ni kadang² ia menunjukkan yang kita ni ada banyak benda nak ungkapkan selain dari berkomunikasi secara lisan kerana ia boleh menimbulkan sedikit isi hati yang tak terungkai kerana segan ataupun malu ketika bersemuka, oleh itu Paan memilih untuk memberi sepatah dua kata ni dalam bentuk penulisan supaya Pika dapat membaca dengan penuh emosi tak kira sedih ataupun gembira. Selalunya ungkapan dari segi penulisan ni sedikit sebanyak dapat meluahkan isi hati yang kita sedar ataupun tidak dapat menunjukkan rasa bersyukur dan gembira dengan apa yang kita ada, jadi oleh sebab itu walhal walaupun sedemikian natijahnya, Paan lebih suka untuk memberi ucapan ini dalam bentuk penulisan sebab masa sekolah dulu Bahasa Melayu Penulisan Paan dapat A, Matematik pun dapat A, Alhamdulillah berkat pembelajaran hasil bantuan guru-guru dan ibu bapa, Paan dapat keputusan yang cemerlang sewaktu peperiksaan masa sekolah dulu.. Akhir kata, selamat menyambut hari jadi biniku Nurul Syafiqah 💕